Jumaat, 30 Disember 2011

KISAH BENAR KEAJAIBAN DOA

KISAH BENAR KEAJAIBAN DOA

DOA MENCEGAH KECURIAN

Sebelum kedatangan pencuri:

يَا وَدُوْدُ يَا ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ يَا فَعَّالاً لِمَا يُرِيْدُ، أَسْأَلُكَ بِعِزَّتِكَ الَّتِي لاَ تُرَامُ، وَمُلْكِكَ الَّذِي لاَ يُضَامُ، وَبِنُوْرِكَ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ أَنْ تَكْفِيَنِي شَرَّ اللُصُوصِ، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي

"Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah yang memiliki mahligai sangat mulia. Wahai yang mampu membuat apa sahaja yang dikehendakinya, aku memohon kepadaMu atas kemuliaanMu yang tidak dapat dipisahkan, dengan kerajaanMu yang tidak dapat dikurangkan, dan dengan cahayaMu yang memenuhi singgahsanaMu, lindungilah aku daripada bahaya pencuri-pencuri. Wahai Allah yang Maha Penolong, tolonglah hambaMu ini."

Ketika berhadapan pencuri:

يَا وَدُوْدُ يَا ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ يَا فَعَّالاً لِمَا يُرِيْدُ، أَسْأَلُكَ بِعِزَّتِكَ الَّتِي لاَ تُرَامُ، وَمُلْكِكَ الَّذِي لاَ يُضَامُ، وَبِنُوْرِكَ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ أَنْ تَكْفِيَنِي شَرَّ هَذَا اللِّصِّ، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي

"Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah yang memiliki mahligai sangat mulia. Wahai yang mampu membuat apa sahaja yang dikehendakinya, aku memohon kepadaMu atas kemuliaanMu yang tidak dapat dipisahkan, dengan kerajaanMu yang tidak dapat dikurangkan, dan dengan cahayaMu yang memenuhi singgahsanaMu, lindungilah aku daripada bahaya pencuri ini. Wahai Allah yang Maha Penolong, tolonglah hambaMu ini."

Al-Imam Ibn Qaiyim al-Jauziyyah menyebut dalam kitab al-Da' wa al-Dawa’ bahawa Ibn Abi Dunya meriwayatkan doa daripada al-Hasan dalam kitab Mujabudda‘wah: Seorang lelaki sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar yang mempunyai panggilan Abu Muallaq. Beliau adalah seorang peniaga dengan modal sendiri dan orang lain. Beliau merupakan ahli ibadat dan warak.

Pada suatu hari, peniaga itu keluar, beliau di hadang oleh seorang perompak yang bersenjata. Perompak itu menggertaknya: "Hartamu itu untuk aku dan aku tidak menginginkan apa-apa kecuali darahmu."

Si peniaga itu menjawab: "Biarkan aku solat empat rakaat dahulu." Lalu si perompak itu berkata: "Solatlah sesuka hatimu." Peniaga itu pun mengambil air wudhuk lalu bersolat empat rakaat. Dalam sujud terakhir dia berdoa dengan lafaz doa di atas yang bererti:

"Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah yang memiliki mahligai sangat mulia. Wahai yang mampu membuat apa sahaja yang dikehendakinya, aku memohon kepadaMu atas kemuliaanMu yang tidak dapat dipisahkan, dengan kerajaanMu yang tidak dapat dikurangkan, dan dengan cahayaMu yang memenuhi singgahsanaMu, lindungilah aku daripada bahaya pencuri ini (pencuri-pencuri). Wahai Allah yang Maha Penolong, tolonglah hambaMu ini."

Doa tersebut dibaca tiga kali. Tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda. Di tangannya ada sebuah senjata yang telah diletakkan di antara dua telinga kuda tersebut.

Dia melihat perompak tersebut lalu menikamnya sehingga mati. Kemudian penungang itu datang kepada si peniaga itu seraya berkata: "Bangunlah!" Si peniaga itu bertanya kepada si penunggang kuda: "Siapakah saudara?" Penunggang kuda itu menjelaskan: "Aku adalah malaikat penghuni langit keempat. Engkau telah berdoa dengan doamu yang pertama dan aku mendengar suara di pintu-pintu langit. Lalu engkau berdoa untuk kali kedua, maka aku mendengar derap langkah penghuni langit. Lalu engkau berdoa untuk kali ketiga, maka dikatakan kepadaku, doa itu daripada orang yang berada dalam bahaya. Aku pun meminta kepada Allah agar mengutuskan aku untuk membunuh perompak itu.

Al-Hasan berkata: Oleh yang demikian, orang yang berwudhuk dan bersolat empat rakaat, lalu berdoa dengan doa tersebut, pasti akan dimakbulkan doanya, baik ia dalam keadaan sengsara atau tidak.

DOA MENJAGA HARTA DAN MENGHINDARI MUSIBAH


Tholq bin Habib meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Abi Darda’ r.a lalu berkata: “Wahai Abi Darda’ rumah engkau telah terbakar.” Lalu Abu Darda’ berkata: “Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengar daripada nabi s.a.w bahawa siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya; dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi; dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إلَهَ إلاَّ أنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأنَّ اللهَ قَدْ أحَاطَ بِكُلُِ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. KepadaMu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) ‘Arsy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) dalam genggamanMu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”


Kemudian dia berkata: “Bangunlah kamu bersama kami.” Lalu mereka bangun bersamanya sampailah ke rumah Abu al-Darda’. Lalu mereka rumah disekeliling rumah Abu Darda’ telah terbakar tetapi rumah Abu al-Darda’ tidak terjejas sedikit pun. (Riwayat ini dikemukakan oleh Ibn al-Sunni dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Tabrani dalam Kitab Doa).

Posted by jailurrashied at 11:43 AM http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif

Ahad, 30 Oktober 2011

6 Perkara yang Allah SWT rahsiakan kepada orang mukmin

Umar R.A. berkata :

Allah SWT menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :

1- Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya pada mereka yang taat kepada Nya.

2- Allah SWT menyembunyikan murka Nya pada mereka yang melakukan kemaksiatan kepada Nya.

3- Allah SWT menyembunyikan malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan.

4- Allah SWT menyembunyikan Para Wali yang diutuskan dikalangan manusia.

5- Allah SWT menyembunyikan masa dan tarikh tibanya kematian dalam umur manusia.

6- Allah SWT menyembunyikan amalan sunat yang diterimaNya dalam amalan sunat lima waktu.

Rabu, 26 Oktober 2011

6 Perkara sentiasa mengelilingi manusia

Abu Bakar As-Siddiq R.A. Berkata :

1- Iblis sentiasa berdiri di hadapan manusia.

2- Hawa nafsu sentiasa berada di kanan manusia.

3- Cita-cita berada di sebelah kiri manusia.

4- Dunia sentiasa berada di belakang manusia.

5- Anggota badan manusia berada di sekeliling manusia.

6- Allah SWT ada di atas manusia.

6 Keanehan di zaman Rasulullah SAW yang sentiasa kita lihat

Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada 6 perkara yang aneh dalam 6 keadaan :

1- Masjid terasa aneh (terasing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak suka melakukan sunat di dalamnya.

2- Kitab-kitab terasa aneh (terasing) jika berada di rumah orang yang tidak suka membacanya.

3- Al-Quran terasa aneh ( terasing ) jika berada di rumah orang yang fasiq.

4- Wanita Muslimah yang Solehah terasa aneh ( terasing ) jika berada dalam kekuasaan suami yang zalim lagi berakhlak buruk.

5- Lelaki Muslim yang soleh terasa aneh (terasing ) jika berada dalam kekuasaan wanita yang hina lagi buruk akhlaknya.

6- Orang Alim terasa aneh ( terasing ) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

5 Perkara menghalang mendapat pengajaran daripada Allah SWT

1- Allah SWT telah memberi nikmat kepada anda tetapi anda tidak bersyukur kepadaNya.

2- Anda telah melakukan dosa tetapi anda tidak bertaubat atau tidak memohon keampunan Allah SWT.

3- Anda tidak suka mengerjakan apa yang anda telah ketahui.

4- Anda bersahabat dengan mereka yang soleh tetapi anda tidak mengikuti amal ibadat mereka.

5- Anda selalu menguburkan manusia tetapi anda tidak mengambil Iktibar dari mereka.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kelebihan Bersedekah

1- Sedekah akan menaungi pemberi sedekah di Akhirat kelak.
2- Sedekah akan meringankan hisab Allah SWT tentang amalannya.
3- Sedekah akan menambahkan amal kebajikannya.
4- Sedekah melahirkan kemudahan untuk menyeberangi Titian Sirat.
5- Sedekah meninggikan darjat pemberi sedekah di dalam Syurga nanti.
Kitab Tanbihul Ghafilin

amalan yg dapat menyampaikan manusia ke darjat yang tinggi :

Sepuluh jenis amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat orang-orang yang baik dan darjat yang tinggi :

1- Banyak bersedekah.

2- Banyak membaca Al-Quran.

3- Duduk bersama orang-orang yang selalu mengingatkan kepada Akhirat.

4- Menghubung silatul rahim bersama kaum kerabat.

5- Menjenguk orang yang sakit.

6- Kurang bergaul dengan orang-orang kaya yang lupa kepada Akhirat.

7- Banyak berfikir tentang bagaimana keadaannya kelak.

8- Kurang angan-angannya dan banyak ingat kepada mati.

9- Banyak diam dan sedikit bercakap.

10- Bertawadhuk, memakai pakaian yang sederhana, cinta kepada orang miskin, mendekati anak-anak yatim dan mngusap kepala mereka ” .

Kitab Tanbihul Ghafilin, jilid 1 & 2 . M/S : 470.

Dosa Yg Tidak Di Ampun Walau Dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.

2- Menuduh wanita solehah berzina.

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

4- Melakukan sihir.

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.


RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
sila taip *#06#
akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

10 Perkara Yahudi Sembunyikan

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Kaedah Rawatan Penyakit Hati menurut cara Islam

1. Mentarbiyah hati supaya mencintai ALLAH sedalam-dalamnya.

2. Membaca dan bertadarus (menyelidik) makna serta maksud2 Al-Quran

3. Mendekatkan diri kpd ALLAH dgn amalan2 sunat.

4. Berusaha utk khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun kpd ALLAH.

6. Melakukan kebaikan dgn hati yg ikhlas kpd ALLAH serta mengharapkan keredhaannya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah ALLAH dan Rasul.

8. Beriktikad dgn akidah yg betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bg ALLAH menerusi penggarapan ilmu2 agama.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kelebihan Solat Sunat Witir

Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.

Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.

Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran

Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Nabi Muhammad saw bersabda:

Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.

Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?

Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.

Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.

Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,

Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.

Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud:

“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” - Hadis riwayat Bukhari

Rabu, 5 Oktober 2011

Petua (Doa) mengatasi anak degil

1. Baca surah Al fatihah.

2. Ayat Al Kursi

3. Surah Al Isra Ayat 82 (wanunazzilu minal quran…)

4. Baca pada air atau makanan dan beri makan pada anak yang degil.

5. Semasa tidur baca surah As Syarhu (alam nasyrah) pada dahinya.

6. Dan baca doa اللهَُمَّ فَقِّهْهُ فِي الِدين وَعَلـِّــمْهُ الحِكمَة والتأويل pada ubun2 nya. Dan jika perempuan ditukarkan faqqihhu kepada faqqihha dan allimhu kepada allimha

Isnin, 3 Oktober 2011

5 Anugerah agong Allah SWT pada mereka yang solat berjemaah


1- Terhindar daripada kesempitan hidup.

2- Terhindar daripada seksaan kubur.

3- Menerima suratan amalan di Akhirat dengan tangan kanan.

4- Melalui Siratul Mustaqim selaju kelajuan kilat.

5- Masuk Syurga Allah SWT tanpa dihisab.

Kitab Tanbihul Ghafilin

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT


Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6- Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.

Kitab Tanbihul Ghafilin

Cara Bercukur Bayi Yang Baru Lahir





Ahad, 2 Oktober 2011

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih


CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJUD



Caranya Seperti Solat Sunat Biasa, Sekurang2nya 2 Rakaat ,Jumlah Rakaat Tidak Terbatas,

Selepas Al Fatihah Rakaat Pertama Dibaca Surah Al Kafirun,

Dan Selepas Al Fatihah Rakaat Pertama Dibaca Surah Al Ikhlas,


LAFAZ NIAT:




Semasa sujud pada rakaat kedua (akhir) dibaca :



Dan Doa Solat tahajjud


CARA MUDAH MENANDA AL QURAN YG DIBACA


Kebiasaanya, apabila kita selesai membaca Al Quran, kita akan menanda dengan penada buku atau bahan bahan yang lain ,dengan cara ini kita akan menghadapi masalah untuk mengingati semula ayat terakhir atau surah yang kita baca terutamanya apabila kita menggunakan Al Quran yang lain,atau kita berada ditempat yang lain,sedangkan kita ingin menyambung bacaan Al Quran kita itu.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut kita cuma perlu menanda nombor surah dan nombor ayat sahaja dalam Handphone, dan bawalah kemana sahaja, Contoh 3:15 , 3 ialah nombor surah,iaitu surah yang ke3 manakala 15 ialah ayat terakhir yang kita baca, begitulah seterusnya, kita cuma catatkan no surah dan no ayat sahaja.ketahuilah setiap surah dalam al Quran ada 114 surah dan setiap surah tersebut ada tercatat no surah, tetapi perlu diingatkan, jangan sesekali mencatat no juzuk dan no ayat yang kita baca, kerana kita akan menghadapi kesulitan.

Ingat Catat 3:15 sahaja dalam HP,

Semoga Formula yang ringkas ini dapat memberi manafaat kepada sesiapa yang ingin beramal.

Sabtu, 1 Oktober 2011

4 Pendustaan yang sering kita lakukan


Hatim Az-Zaid telah berkata :

Sesiapa mengakui empat perkara tanpa empat perkara, maka dia adalah dusta dalam pengakuannya:

1- Sesiapa mengaku Cinta kepada Allah SWT tanpa meninggalkan perkara haram, dia adalah pendusta.

2- Sesiapa mengaku Cinta kepada Syurga Allah SWT tanpa mengeluarkan harta untuk Taat kepada Allah SWT , dia adalah pendusta.

3- Sesiapa mengaku Cinta kepada Rasulullah SAW tanpa mengikut Sunnah Rasulullah SAW, dia adalah pendusta.

4- Sesiapa inginkan darjat yang tinggi tanpa bersahabat dengan orang-orang fakir dan miskin maka dia adalah pendusta.

Kitab Tanbihul Ghafilin

3 Penyakit yang membelenggu mereka yang cintakan dunia


1- Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya.

2- Angan-angan yang tidak ada hujung pangkalnya.

3- Kerakusan yang tidak mencapai kekayaan atau kecukupannya.

Tanbihul Ghafilin.

20 Keramat Wali-Wali Allah Di Dunia

  1. Allah SWT sentiasa teringat dan memuji-muji nama mereka.
  2. Allah SWT sendiri mengucap Terima Kasih kepada mereka.
  3. Allah SWT sangat kasih dan cinta kepada mereka.
  4. Allah SWT sendiri menjadi wakil untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.
  5. Allah SWT menjamin rezeki mereka kemana mereka pergi maka di sana terdapat rezeki mereka.
  6. Allah SWT sendiri mengawal diri mereka dan menolak segala sesuatu yang datang menyakitinya.
  7. Allah SWT sendiri menjinak sesuatu yang baru yang datang menempuhinya.
  8. Tinggi hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.
  9. Berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang bertaraf hamba.
  10. Kaya hati, jiwa dan hatinya jika sempit.Tidak terkejut jika Allah SWT menganugerahkan kekayaan kepadanya.Jiwanya juga tidak terasa susah jika Allah mendatangkan kepadanya kesusahan.
  11. Nur Hatinya bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya,rahsianya dan hikmahnya.
  12. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah SWT mengujinya dengan bala yang besar.
  13. Allah SWT menganugerahkan keberkatan yang meliputu semua bidang termasuk dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain0lain sehingga orang lain dapat berkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya.
  14. Wajah mereka sentiasa hebat, sesiapa memandangnya akan merasa gerun dan akan memberi penghormatan kepadanya.
  15. Setiap langkahnya diberkati, jarak perjalanan yang jauh Allah SWT pendekkan sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.
  16. Segala binatang buas akan menjadi jinak bila berhadapan dengannya, malah dia mampu mengarah binatang tersebut.
  17. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini.Dengan Izin Allah SWT.
  18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai, sehingga manusia sanggup menjadi khadam kepadanya demi mengharapkan keberkatan dari Allah SWT.
  19. Allah SWT mengqabulkan doa mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah, Allah SWT telah menerima doa dan hajat mereka.
  20. Orang ramai sentiasa mengasihi mereka.

7 Amalan memberi cahaya di dalam kubur

1- Ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.

2- Berbakti kepada kedua orang tua.

3- Berhubung Silatul Rahim.

4- Tidak mensia-siakan umur untuk melakukan maksiat terhadap Allah SWT.

5- Tidak menuruti kehendak hawa nafsu.

6- Bersungguh-sungguh dalam taat kepada Allah SWT.

7- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT



Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6- Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.

Kitab Tanbihul Ghafilin

Rabu, 28 September 2011

Kelebihan Surah Yasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
‘Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan’ , iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, ‘Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya’.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: ‘Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

Biodata Iblis

Jumaat, 19 Ogos 2011

Cara Mengerjakan Solat Tarawih


Perhatian!

Untuk malam ke 16 hingga akhir Ramadhan, bacaan selepas Al fatihah setiap Rakaat pertama ialah Surah Al Qadr, manakala rakaat kedua selepas alfatihah ialah surah Al Takathur , manakala rakaat seterusnya mengikut turutan dari surah Al takathur hingga ke bawah.

Dan dibaca doa qunut dalam solat witir pada setiap malam bermula malam ke 16 hingga akhir ramadhan.

Sabtu, 9 April 2011

Tiga Perkara Penyelamat Dalam Kehidupan

1.Menyuluh kehidupan dengan Cahaya Allah SWT iaitu Al-Quran Al-Karim.

2. Menyuluh kehidupan dengan Nur Muhammad SAW iaitu Al-Hadis dari bibir Rasulullah SAW

3. Menyuluh kehidupan dengan Ilmu iaitu Pendapat-Pendapat Ulamak yang Cintakan Allah
SWT melebihi segala-galanya.

Especially To my Friends Non Muslim

Islam is the true religion of God and Here I would like to you all to visit this site http://www.islamreligion.com/ to know Islamic Religion, "May God Bless you All"

Teks Asmaul Husna



Teks zikir munajat

Selasa, 15 Mac 2011

Empat perkara akan menjadi Khazanah Syurga

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

أربعة من كنز الجنة : إخفاء الصدقة , وكتمان المصيبة , وصلة الرحيم , وقول ” لاحول ولا قوة إلا بالله “. رواه الخطيب عن على

Empat perkara akan menjadi Khazanah Syurga:

  1. Menyembunyikan sedekah.
  2. Menyembunyikan musibah.
  3. Menghubung Silatul Rahim.
  4. Mereka yang menyebut ” لا حول ولا قوة إلا بالله “.

Jumaat, 4 Mac 2011

10 Yang menghalang 10 Perkara




Surah Al Fatihah menghalang Kemurkaaan Allah

Surah Yasin menghalang Dahaga pada hari kiamat

Surah Ad Dukhan menghalang Ketakutan pada hari kiamat

Surah Al Waqiah menghalang Kefakiran

Surah Al Mulk menghalang Azab Kubur

Surah Al Kauthar menghalang Perbalahan

Surah Al Kafirun menghalang Kekufuran ketika maut

Surah Al Ikhlas menghalang Kemunafikan

Surah Al falaq menghalang Hasad dengki

Surah Al Nas menghalang Waswas