Sabtu, 1 Oktober 2011

4 Pendustaan yang sering kita lakukan


Hatim Az-Zaid telah berkata :

Sesiapa mengakui empat perkara tanpa empat perkara, maka dia adalah dusta dalam pengakuannya:

1- Sesiapa mengaku Cinta kepada Allah SWT tanpa meninggalkan perkara haram, dia adalah pendusta.

2- Sesiapa mengaku Cinta kepada Syurga Allah SWT tanpa mengeluarkan harta untuk Taat kepada Allah SWT , dia adalah pendusta.

3- Sesiapa mengaku Cinta kepada Rasulullah SAW tanpa mengikut Sunnah Rasulullah SAW, dia adalah pendusta.

4- Sesiapa inginkan darjat yang tinggi tanpa bersahabat dengan orang-orang fakir dan miskin maka dia adalah pendusta.

Kitab Tanbihul Ghafilin

3 Penyakit yang membelenggu mereka yang cintakan dunia


1- Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya.

2- Angan-angan yang tidak ada hujung pangkalnya.

3- Kerakusan yang tidak mencapai kekayaan atau kecukupannya.

Tanbihul Ghafilin.

20 Keramat Wali-Wali Allah Di Dunia

  1. Allah SWT sentiasa teringat dan memuji-muji nama mereka.
  2. Allah SWT sendiri mengucap Terima Kasih kepada mereka.
  3. Allah SWT sangat kasih dan cinta kepada mereka.
  4. Allah SWT sendiri menjadi wakil untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.
  5. Allah SWT menjamin rezeki mereka kemana mereka pergi maka di sana terdapat rezeki mereka.
  6. Allah SWT sendiri mengawal diri mereka dan menolak segala sesuatu yang datang menyakitinya.
  7. Allah SWT sendiri menjinak sesuatu yang baru yang datang menempuhinya.
  8. Tinggi hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.
  9. Berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang bertaraf hamba.
  10. Kaya hati, jiwa dan hatinya jika sempit.Tidak terkejut jika Allah SWT menganugerahkan kekayaan kepadanya.Jiwanya juga tidak terasa susah jika Allah mendatangkan kepadanya kesusahan.
  11. Nur Hatinya bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya,rahsianya dan hikmahnya.
  12. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah SWT mengujinya dengan bala yang besar.
  13. Allah SWT menganugerahkan keberkatan yang meliputu semua bidang termasuk dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain0lain sehingga orang lain dapat berkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya.
  14. Wajah mereka sentiasa hebat, sesiapa memandangnya akan merasa gerun dan akan memberi penghormatan kepadanya.
  15. Setiap langkahnya diberkati, jarak perjalanan yang jauh Allah SWT pendekkan sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.
  16. Segala binatang buas akan menjadi jinak bila berhadapan dengannya, malah dia mampu mengarah binatang tersebut.
  17. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini.Dengan Izin Allah SWT.
  18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai, sehingga manusia sanggup menjadi khadam kepadanya demi mengharapkan keberkatan dari Allah SWT.
  19. Allah SWT mengqabulkan doa mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah, Allah SWT telah menerima doa dan hajat mereka.
  20. Orang ramai sentiasa mengasihi mereka.

7 Amalan memberi cahaya di dalam kubur

1- Ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.

2- Berbakti kepada kedua orang tua.

3- Berhubung Silatul Rahim.

4- Tidak mensia-siakan umur untuk melakukan maksiat terhadap Allah SWT.

5- Tidak menuruti kehendak hawa nafsu.

6- Bersungguh-sungguh dalam taat kepada Allah SWT.

7- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT



Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6- Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.

Kitab Tanbihul Ghafilin