1)
PENGERTIAN SUJUD SYUKUR
Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud
terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau
terhindar dari bencana.
2) SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR
Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang
hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan
kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.
Dalam hal ini hukum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan
Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami
itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas
musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu
pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi
nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang
khas.
3) SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR
Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana
hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar,
mengadap kiblat dan menutup aurat.
4) KAIFIAT SUJUD SYUKUR
Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:
1) Mengadap kiblat
2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa
sepertimana doa sujud di dalam solat.
3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud,
kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)
5) HUKUM SUJUD SYUKUR DI DALAM SOLAT
Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak
dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud
di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam
keadaan jahil atau lupa.
6) HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG
MENGERJAKAN SOLAT
Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu
yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas
solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan
mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur
ketika mendengar khutbah Jumaat.
7) RUKUN SUJUD SYUKUR
1) Berniat untuk sujud syukur
2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
3) Satu kali sujud
4) Memberi salam sesudah sujud
8) PENUTUP
Mudah-mudahan akan dapat sama-sama laksanakan sujud syukur
ini dalam kehidupan kita seharian sebagai salah satu lambing ketaatan dan
kesyukuran kita kepada Allah SWT, pemberi rezeki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan